Tentang Kelab

Penubuhan

Persatuan ini ditubuhkan pada 17 Disember 2015 di Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) Kampus Bandaraya Melaka.

Matlamat

Matlamat persatuan ini ditubuhkan ialah untuk menyatupadukan semua mahasiswa dan mahasiswi yang berasal dari Negeri Sembilan yang sedang menuntut di MiCoST, tidak kira di Kampus Bandaraya mahupun Kampus Ayer Keroh. Bukan itu sahaja, ianya bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menambahbaikkan kemahiran berpersatuan dan bersosial dalam masyarakat.

Objektif

  • Sebagai badan penyatu mahasiswa mahasiswi, kakitangan serta pensyarah yang berasal dari Negeri Sembilan Darul Khusus di MiCoST.
  • Menjaga kebajikan setiap anggota ahlinya di dalam hal ehwal kemasyarakatan. 
  • Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berpengetahuan dan pengalaman dalam hal-hal pentadbiran organisasi. 
  • Menjalankan kegiatan berfaedah dan dapat menerima masyarakat pelajar dan masyarakat luar serta merancang kegiatan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. 

Keahlian

Keahlian Persatuan dibuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi, kakitangan dan pensyarah di MiCoST yang memenuhi syarat di bawah:

Syarat Kenegerian
  • Lahir di Negeri Sembilan; atau
  • Telah bermastautin di Negeri Sembilan Darul Khusus lebih dari 10 tahun; atau
Syarat Am
  • Mahasiswa atau mahasiswi mana-mana program anjuran Melaka International College of Science and Technology (MiCoST); atau
  • Pensyarah MiCoST; atau
  • Kakitangan MiCoST; atau
  • Bekas mahasiswa atau mahasiswi mana-mana program anjuran Melaka International College of Science and Technology (MiCoST)
Belum mendaftar menjadi ahli? Daftar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...